Monday, December 20, 2010

Tajaan JPA PIDN

Program Ijazah & Diploma dalam Negara

Program Tajaan Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam Bagi Pengajian Dalam Negara Di Institusi Pengajian Tinggi Awam Dan Swasta (Universiti Teknologi Petronas, Universiti Multimedia dan Universiti Tenaga Nasional) dan Politeknik
  • Pendahuluan

    Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyediakan program penajaan biasiswa kepada pelajar-pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke:
    • Peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan 3 IPT Swasta iaitu Universiti Teknologi Petronas(UTP), Multimedia Universiti (MMU) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN); dan
    • Peringkat Diploma di Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi.
  • Tajaan Ke Peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Di IPT Awam dan 3 IPT Swasta (UTP, MMU dan UNITEN)

    Institusi-Institusi tajaan adalah seperti berikut:-
    PROGRAMINSTITUSI
    Ijazah/Diploma
    (IPTA)
    Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
    Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
    Universiti Malaya (UM)
    Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
    Universiti Malaysia Pahang (UMP)
    Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
    Universiti Malaysia Sabah (UMS)
    Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
    Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
    Universiti Putra Malaysia (UPM)
    Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
    Universiti Sains Malaysia (USM)
    Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
    Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
    Universiti Teknologi MARA (UiTM)
    Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
    Universiti Utara Malaysia (UUM)
    Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
    Ijazah/Diploma
    (IPTS)
    Universiti Multimedia (MMU) Universiti Teknologi Petronas (UTP)
    Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
    Bidang/Kursus
    Bidang/Kursus yang ditaja adalah seperti berikut :

    BIL.BIDANGCONTOH
    1. Perubatan Perubatan, Pergigian, Farmasi, Perubatan Veterinar
    2. Sains Tulen Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Sains Hayat
    3. Sains Gunaan Pertanian, Perhutanan, Bioteknologi/ Sains Makanan, Perikanan/Sains Samudera, Alam Sekitar, Teknologi Maklumat
    4. Teknologi Kejuruteraan, Teknologi Industri, Seni Bina, Ukur Bahan/Tanah, Perancangan Bandar dan Wilayah
    5. Sastera Sastera Dan Sains Sosial, Pengajian Islam/Syariah/Usuluddin, Kemanusiaan/ Kemasyarakatan, Komunikasi, Bahasa, Sains Pembangunan, Ilmu Teras
    6. Sastera Ikhtisas Ekonomi/Perniagaan Tani, Pengurusan Perniagaan/Pentadbiran Awam, Perakaunan, Undang-undang, Pengajian Kuantitatif, Pengurusan, Sains Perpustakaan dan Maklumat
    Kursus perubatan/pergigian/farmasi/perubatan Veterinar
    Calon-calon yang mendapat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi kursus perubatan, pergigian, farmasi dan perubatan veterinar di peringkat ijazah tidak tertakluk kepada syarat-syarat khusus di bawah.

    Iklan Dan Permohonan
    • Iklan tawaran biasiswa akan disiarkan dalam beberapa akhbar utama tempatan, laman web JPA dan portal eSILA pada bulan Jun/Julai setiap tahun
    • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (on-line) sahaja dengan melayari http://esilav2.jpa.gov.my atau setelah iklan disiarkan (pada bulan Jun/Julai setiap tahun).
    • Permohonan adalah percuma.
    Syarat-Syarat Permohonan
    • Pemohon hendaklah memenuhi syarat umum dan syarat khusus seperti berikut:-
      • Syarat-syarat Asas
        • Warganegara Malaysia;
        • umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2009; dan
        • telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian (bagi kemasukan November/Disember Sesi 2008/2009 atau Semester Satu Sesi 2009/2010) dari mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan seperti yang disenaraikan di perenggan 2 di atas; atau sedang mengikuti pengajian di tahun 2 dan ke atas di mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan seperti yang disenaraikan di perenggan 2 di atas.
      • Syarat Khusus (Kelayakan Akademik)
        • Pemohon yang sedang mengikuti pengajian atau pemohon yang telah diterima masuk ke institusi pengajian tinggi seperti yang disenaraikan di perenggan 2 sama ada di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda perlu mempunyai salah satu kelayakan akademik seperti berikut:
          • Pelajar Baru di Tahun Pertama Semester Satu Sesi 2009/2010
            BIL.KELAYAKANPENCAPAIAN (MINIMUM)
            1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Gred 2A dalam 7 mata pelajaran
            2. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Prinsipal B dalam 4 mata pelajaran
            3. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) (disamping mempunyai SPM) 4 Mumtaz dan 5 Jayyid Jiddan
            4. Sijil  Matrikulasi/Asasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan IPTA
            CGPA 3.40
            5. Sijil Pra-Universiti/Foundation/
            Alpha/ Diploma
            CGPA 3.50
          • Pelajar di Tahun Pertama Semester November/Disember Sesi 2008/2009
            BIL.KELAYAKANPENCAPAIAN (MINIMUM)
            1. Keputusan Peperiksaan Semester November/Disember Sesi 2008/2009
            CGPA 3.50
          • Pelajar Tahun Kedua dan Ke Atas Semester Satu Sesi 2009/2010
            BIL.KELAYAKANPENCAPAIAN (MINIMUM)
            1. Perubatan
            Pergigian
            Farmasi
            Perubatan Veterinar
            LULUS
            1. Bidang-bidang tajaan lain
            CGPA 3.50
      • Calon-Calon Yang Tidak Layak Memohon:
        • Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.
        • Pelajar-pelajar yang telah mempunyai Ijazah Pertama, Diploma Lepasan Ijazah atau diploma anjuran sesebuah jabatan/agensi.
        • Kursus-kursus yang berkaitan dengan pendidikan seperti Kursus Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan.
        • Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi / Asasi Sains / Pra Universiti / Alpha / Foundation.
        • Pelajar/pegawai yang mengikuti program/kursus jarak jauh/separuh masa.
  • Tajaan Peringkat Diploma di Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi

    Institusi / Kursus Tajaan
    • Tajaan adalah meliputi semua bidang / kursus peringkat Diploma yang ditawarkan di Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi.
    Iklan Dan Permohonan
    • Permohonan tajaan biasiswa bagi pengajian peringkat Diploma di Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi akan diiklankan melalui Jabatan Hal-Hal Pelajar di semua Politeknik dan laman web JPA.
    • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (on-line) sahaja dengan melayari
      setelah iklan disiarkan (pada bulan Julai setiap tahun).
  • Maklumat Lanjut

      Maklumat lanjut mengenai program penajaan biasiswa bagi pengajian dalam negara boleh diperolehi sama ada melalui surat, telefon atau email seperti butiran di bawah:- Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam Bahagian Pembangunan Modal Insan Aras 5, Block C1, Komplek C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 PUTRAJAYA (u/p: Unit Latihan Sebelum Perkhidmatan - Dalam Negara) e-Mail : lspdn@jpa.gov.my

No comments:

Post a Comment